PROGRAM DAN AKTIVITI TERKINI

Teater Pertama ''Produksi tapak pelita''

Tarikh : 23 , 24,25 Oktober 2009
Bertempat : Stor Dewan Bahasa Dan Pustaka
Bayaran : Mengikut sumbangan ( Bermula dari RM10.00)
Tajuk Teater : Sang Gajah dan Sang Semut
Rojak & Cendol
Babak Akhir

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi:
Azwan Effendy -0177474758,
Anna - 0122810807
Yusrika- 0127052504

Friday, September 18, 2009

TEATER aku , kau , kita , kami ... BEBAS

SINOPISIS TEATER
oleh Yusrika Bahar

Karya yang dipentaskan ini adalah hasil nukilan saya yang tidak seberapa. Karya ini juga ditulis berdasarkan pemerhatian saya pada satu tema iaitu Kebebasan. Bila difikir-fikir, perkataan bebas itu sebenarnya tidak memihak kepada manusia. Oleh itu tiada seorang manusia pun didunia ini yang bebas. Namun dari sudut takrifan, saya menginterpretasikan kebebasan itu dari perspektif yang berlainan. Harap anda dapat menilai dengan wajar dan rasional. Penulisan dan pementasan karya ini juga berbentuk ilmiah dan bertindak sebagai nasihat yang tersurat dan tersirat. Nikmati seni itu tanpa prejudis. Hayati dan fahaminya. Semoga terhibur.

ROJAK & CENDOL
oleh Yusrika Bahar

> Tema Bebas ini disampaikan secara realism. Mengisahkan 3 orang sahabat yang berkawan rapat sejak kecil lagi. Raju, Limah dan Boon. Masing-masing menjalani kehidupan sebagai anak kampung. Perpaduan dan keharmonian menjadi teras pegangan hidup masing-masing. Oleh itu tiada sifat perkauman dalam diri mereka kerana masing-masing hanya mahukan perpaduan dan tidak mencari perbezaan. Mereka bertemu di gerai Raju dan Limah. Raju terkenang kembali usaha ayahnya yang dahulu berniaga cendol di pekan. Penat lelah ayahnya itu bersambung pula dibahunya, namun dengan bantuan Boon ia diusahakan secara komersil. Rojak dan cendol juga menjadi asas perpaduan mereka yang disimpulkan secara simbolik.

SANG GAJAH & SANG SEMUT
oleh Yusrika Bahar

> Sebuah kisah yang disampaikan secara sinis untuk menyindir situasi kepimpinan dan politik yang tungang langgang di seantero dunia. Apabila kuasa menjadi taruhan untuk hidup selesa, Sang Semut yang betah hidup dikoloninya keluar kerana mahu mendapat penjelasan daripada Sang Gajah. Sang Semut ingin jadi gajah dan tidak mahu terus ditakuk lama. Kepimpinan dan ketelusan menjadi bualan hangat. Permintaan Sang Semut tidak diendahkan oleh Sang Gajah. Akhirnya dengan bijak akal dan kata-kata Sang Semut, Sang Gajah naik minyak. Kepimpinan Sang Gajah teruji dan permintaan Sang Semut sungguh tidak masuk akal. Yang besar harus didepan dan yang kecil harus duduk diam-diam menurut perintah!

BABAK AKHIR
oleh Yusrika Bahar

>Pelajaran adalah keutamaan yang perlu dimiliki kerana ia tidak diwarisi. Namun harta, pangkat dan kebendaan tidak mampu menandingi sifat kasih-sayang. Tan Sri Mukhlis terlalu mengejar kemewahan dan pangkat. Manakala isterinya Puan Sri Maya pula terlalu menurut kata suami dan juga mementingkan Pelajaran kerana tidak mahu anak-anak mereka seperti mereka dahulu. Miskin. Adam dan Hawa, adik-beradik kembar yang mempunyai personaliti yang berbeza. Namun dek kongkongan ayah dan ibu yang hanya mementingkan ilmu dan kemewahan, mereka terlupa nilai yang harus diutamakan. Kebajikan dan kasih-sayang untuk anak-anak. Akhirnya Adam dan Hawa memberontak inginkan kebebasan seperti remaja dan kanak-kanak lain.

STOR TEATER DBP, KL
JALAN DEWAN BAHASA

23 , 24 dan 25 OKTOBER 2009


8:30 MALAM


SUMBANGAN : RM10.00



P/s : Bersama-sama memeriahkan industri teater tanahair.

1 comment:

  1. sy suka cerita kamu. juga suka pelakon2nya skali...kamu ada bakat. jgn persiakan ia. tunjukkan dan luahkan. sy sokong dr blakang. i'm waiting for ur next teater. chayok2!!!!

    ReplyDelete

Perbincangan Ahli

Perbincangan Ahli
Sekitar tasik ttiwangsa