PROGRAM DAN AKTIVITI TERKINI

Teater Pertama ''Produksi tapak pelita''

Tarikh : 23 , 24,25 Oktober 2009
Bertempat : Stor Dewan Bahasa Dan Pustaka
Bayaran : Mengikut sumbangan ( Bermula dari RM10.00)
Tajuk Teater : Sang Gajah dan Sang Semut
Rojak & Cendol
Babak Akhir

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi:
Azwan Effendy -0177474758,
Anna - 0122810807
Yusrika- 0127052504

Thursday, January 14, 2010

UNDI

UNDI
oleh TAPAK PELITA

TEATER AKU, KAU, KITA, KAMI...BEBAS

Teater Aku, Kau, Kita, Kami..BEBAS dari Produksi Tapak Pelita yang dipentaskan pada 23-25 Oktober 2009 tercalon untuk Pilihan Penonton Kakiseni atau Kakiseni Aundience Choice Award dalam BOH Cameronian Award 2010. Pada yang sudah menonton dan ingin mengundi kami layari laman web www.kakiseni.com dan undilah kami. Sokongan dan undian anda amatlah kami hargai.

Sekian, Terima-kasih.

Sunday, November 1, 2009

AKAN DATANG

AKAN DATANG
oleh Produksi Tapak Pelita




p/s : Nantikan Karya Anna Ismail.

Wednesday, October 28, 2009

TERIMA KASIH

TERIMA KASIH
oleh Produksi Tapak Pelita

Produksi Tapak Pelita ingin mengucapkan terima-kasih kepada semua yang hadir sewaktu pementasan Teater Aku, Kau, Kita, Kami...BEBAS. Sokongan dan sumbangan anda hanya tuhan yang dapat membalasnya. Kami amat menghargai kehadiran anda menyaksikan teater kami. Diharap sekelian yang hadir terhibur dan mesej yang disampaikan juga diharap dapat dihayati bersama. Maaf juga dipinta sekiranya ada kekurangan dan kesalahan disana sini. Pihak produksi akan cuba memberikan yang lebih baik dimasa akan datang. Terima-kasih juga kepada Ahli-ahli produksi yang bertungkus-lumus berpenat lelah menjayakan pementasan ini. Kita berjaya membuktikan bahawa kita mampu mementaskannya walaupun secara "indie" dan "underground".

Sekali lagi terima-kasih.

Friday, September 18, 2009

TEATER aku , kau , kita , kami ... BEBAS

SINOPISIS TEATER
oleh Yusrika Bahar

Karya yang dipentaskan ini adalah hasil nukilan saya yang tidak seberapa. Karya ini juga ditulis berdasarkan pemerhatian saya pada satu tema iaitu Kebebasan. Bila difikir-fikir, perkataan bebas itu sebenarnya tidak memihak kepada manusia. Oleh itu tiada seorang manusia pun didunia ini yang bebas. Namun dari sudut takrifan, saya menginterpretasikan kebebasan itu dari perspektif yang berlainan. Harap anda dapat menilai dengan wajar dan rasional. Penulisan dan pementasan karya ini juga berbentuk ilmiah dan bertindak sebagai nasihat yang tersurat dan tersirat. Nikmati seni itu tanpa prejudis. Hayati dan fahaminya. Semoga terhibur.

ROJAK & CENDOL
oleh Yusrika Bahar

> Tema Bebas ini disampaikan secara realism. Mengisahkan 3 orang sahabat yang berkawan rapat sejak kecil lagi. Raju, Limah dan Boon. Masing-masing menjalani kehidupan sebagai anak kampung. Perpaduan dan keharmonian menjadi teras pegangan hidup masing-masing. Oleh itu tiada sifat perkauman dalam diri mereka kerana masing-masing hanya mahukan perpaduan dan tidak mencari perbezaan. Mereka bertemu di gerai Raju dan Limah. Raju terkenang kembali usaha ayahnya yang dahulu berniaga cendol di pekan. Penat lelah ayahnya itu bersambung pula dibahunya, namun dengan bantuan Boon ia diusahakan secara komersil. Rojak dan cendol juga menjadi asas perpaduan mereka yang disimpulkan secara simbolik.

SANG GAJAH & SANG SEMUT
oleh Yusrika Bahar

> Sebuah kisah yang disampaikan secara sinis untuk menyindir situasi kepimpinan dan politik yang tungang langgang di seantero dunia. Apabila kuasa menjadi taruhan untuk hidup selesa, Sang Semut yang betah hidup dikoloninya keluar kerana mahu mendapat penjelasan daripada Sang Gajah. Sang Semut ingin jadi gajah dan tidak mahu terus ditakuk lama. Kepimpinan dan ketelusan menjadi bualan hangat. Permintaan Sang Semut tidak diendahkan oleh Sang Gajah. Akhirnya dengan bijak akal dan kata-kata Sang Semut, Sang Gajah naik minyak. Kepimpinan Sang Gajah teruji dan permintaan Sang Semut sungguh tidak masuk akal. Yang besar harus didepan dan yang kecil harus duduk diam-diam menurut perintah!

BABAK AKHIR
oleh Yusrika Bahar

>Pelajaran adalah keutamaan yang perlu dimiliki kerana ia tidak diwarisi. Namun harta, pangkat dan kebendaan tidak mampu menandingi sifat kasih-sayang. Tan Sri Mukhlis terlalu mengejar kemewahan dan pangkat. Manakala isterinya Puan Sri Maya pula terlalu menurut kata suami dan juga mementingkan Pelajaran kerana tidak mahu anak-anak mereka seperti mereka dahulu. Miskin. Adam dan Hawa, adik-beradik kembar yang mempunyai personaliti yang berbeza. Namun dek kongkongan ayah dan ibu yang hanya mementingkan ilmu dan kemewahan, mereka terlupa nilai yang harus diutamakan. Kebajikan dan kasih-sayang untuk anak-anak. Akhirnya Adam dan Hawa memberontak inginkan kebebasan seperti remaja dan kanak-kanak lain.

STOR TEATER DBP, KL
JALAN DEWAN BAHASA

23 , 24 dan 25 OKTOBER 2009


8:30 MALAM


SUMBANGAN : RM10.00



P/s : Bersama-sama memeriahkan industri teater tanahair.

AKAN DATANG

Himpunan karya teater pendek daripada Produksi Tapak Pelita.

Hubungi
Azhana Ismail : 012-2810807
Fendy Azmi : 017-7474758

Tuesday, September 15, 2009

''Teater Aku , Kau ,Kami , Kita ... Bebas ''

Airien Sebagai Boon



Mira Sbg Hawa & Awan









Yusrika Pengarah






Nurul Sebagai Limah


Fendy Sbg Tan Sri Mukhlis & Sang Gajah






Anna Sbg Puan Sri Maya
Dalisya sbg Sang Semut










Bob sbg Adam

Amer Sbg Raju

Sunday, September 13, 2009

Latihan Akhir Dibulan Ramadan

Latihan terakhir di bulan puasa . malam 11hb lalu kami menghabiskan seisi latihan di Stor DBP kali ini semuanya hadir dah tak kurang juga dengan ahli - ahli baru yang memberikan sokongan ,
Latihan yang seteruskan akan bermula pada 01 oktober 2009 kali ini Mr pengarah akan turun padang ..
Malam itu segalanya berjalan lancar dan semua watak dapat dibawa dengan baik cuma adalah sikit- sikit yang perlu dibetulkan antara rakan Tapak Pelita yang hadir malam itu Fendy , Mira,Nurul , Bob , Amer ,Airien and Anna .

Buat semua peminat- peminat teater jangan lupa Oktober ini nantikan ..Tapak Pelita dengan 3 teater pendek ..

Cendol & Rojak
Sang Gajah & Sang Semut
Babak Akhir

Perbincangan Ahli

Perbincangan Ahli
Sekitar tasik ttiwangsa